Catatan

KAIN TENUNAN MOMOGUN RUNGUS

Imej
KAIN TENUNAN TRADISINOL KAUM MOMOGUN RUNGUS (INAVOL) *************************************** Saya baru belajar.. Kalau salah tolong perbetulkan...  Kain Tenunan Kaum Rungus (INAVOL) , merupakan kain Tenunan Tradisinol  yang telah wujud sejak dahulu kala, walaupun  tidak dapat di pastikan dengan tepat pada abad keberapa ia bermula, namun dari cerita tradisi lisan pernah disebut pada awal penghijrahan Aki Runsud dan Aki Longguvai dari Nunuk Ragang, Baju Lelaki (BA'DU) yang ditenun ini dijadikan sebagai tanda, Baju Badu Ini telah dikoyak menjadi dua cebisan,satu untuk Aki Runsud dan Satu Lagi untuk Aki Longguvai supaya, bila mereka  bertemu kembali Baju Badu ini perlu Dicantumkan semula bagi membuktikan mereka berdua adalah adik beradik Kandung, selain itu juga dalam Tradisi Lisan, Aki Kurudong, Penanaman Kapas, iaitu OMBILAHUNG, begitu banyak sekali di sekeliling Rumah Panjang Mereka, Ombilahung merupakan Jenis tumbuhan Kapas (GISSYPIUM) yang sering digunakan dalam pembua

Aliran Kepercayaan Purba Momogun Rungus

Imej
SISTEM ALIRAN  KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN. ***************************************** SEKADAR PENGETAHUAN. Gambarajah dibawah ini merupakan lakaran atau urutan kepercayaan mereka tentang Pencipta. Iaitu 7 dilangit dan 7 dibumi dan percaya pada satu Pecipta (Minamangun).  Selain percaya pada Pencipta, mereka juga percaya di bumi ini terdapat banyak makhluk jahat yg sentiasa menimbulkan keburukan dan kejahatan, Makhluk Jahat seperti LILIUKON, PANGKOT dan Lain2. Nama seperti, MONONDI, YOMBUHUL dan YIZANGIRING pula adalah Nama, makhluk halus Lain dibumi yg menjadi sembahan mereka dari kumpulan Jahat, tetapi menjadi pengantara Manusia dan Makhluk jahat. Bobolizan adalah manusia yang telah mahir dalam sagala Ritual keagamaan dan juga memahami bahasa bahasa pengantara Pencipta dengan Manusia, disebut "Rinait", makhluk pengantara ini wujud dalam segala rupa bentuk, jika Pengantara ini wujud sebgai ikan, maka bahasa yg dituturkan adalah bahasa Ikan (contoh), Maka Bobolizan y

KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

Imej
KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS Apabila kita bercerita tentang Pagan,sesetengah masyarakat akan berfikir Pagan ataupun Pagansim adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok atau menyembah berbagai tuhan dan ini akan menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka yang masih manganutinya dan untuk tidak menimbulkan perkara itu, lebih elok jika golongan ini dipanggil, Pengamal Agama Purba/Asal. Didalam pengertian sebenar, Paganisme merujuk kepada amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan kristian(Yunani,Rom dll), Istilah pagan, berasal dari perkataan Latin, Paganus, yang bermaksud Penghuni sesuatu tempat atau penduduk dalam satu-satu kawasan kampung atau Daerah. Mereka percaya pada kuasa pencipta yang satu dan percaya ada kuasa-kuasa baik dan jahat Di utara Borneo atau dikenali dengan Kudat, Marudu dan Pitas adalah satu petempatan utama bagi kaum yang di Panggil Momogun Rungus. Suatu ketika dahulu kaum Rungus begitu kuat pegangannya dalam kepercayaan Purba sehingga keper

KISAH KEHIDUPAN AKI AMPIL( Pahlawan Momogun Rungus)

Imej
Kelahiran Aki Ampil tidak diketahui dengan tepat dimanakah kampung dan tahun kelahirannya, ada cerita yg Aki Ampil ini tinggal dirumah panjang yg dibena dikawasan yg di panggil LAMBAH pada ketika itu dan kini, kawasan tersebut adalah kawasan antara smk sikuati 2 dan kawasan kg Tinutudan kemudian Mereka telah berpindah ke kawasan yg dipanggil KONGGIHAN @ BUNDU, kini kawasan itu adalah kawasan pusat latihan Dakwah Sikuati Mengikut perkiraan saya melalui cerita Nenek Moyang, Aki Ampil ini hidup diantara 1799 sehingga 1890. Diantara Aki Ampil dan Aki saragon, Aki Saragon lebih Tua, perbezaan umur antara mereka 9 ke 10 tahun,diantara Tumanggung Kurantud pula.Aki Ampil lebih Tua dan jarak antara mereka lebih kurang 5 ke 9 tahun . AKI AMPIL adalah menantu Aki Saragon. Dia telah berkahwin dgn Odu Sirarau Guntial Aki Saragon.Pada zaman pemerintahan British.. 1881 sehingga 1942. British telah mengeluarkan Arahan.adalah menjadi satu kesalahan sekiranya melakukan pembunuhan ketika itu dan aka

ASAL USUL ORANG MOMOGUN RUNGUS MENURUT LISAN

Imej
ASAL USUL ORANG MOMOGUN  RUNGUS MENURUT LISAN <<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>> Mencari asal usul sesuatu kejadian bukanlah mudah jika tidak mempunyai sumber rujukan berupa peniggalan atau catatan dari zaman itu. Bagitulah halnya dengan mencari Asal Usul Momogun Rungus, ianya memerlukan penyelidikan dan pencarian yang perlu diperluaskan dari pelbagai sumber yg berkaitan dengan Bangsa Momogun Rungus dan mungkin Titik Nokhtanya juga tidak akan ditemui sekiranya tidak ada pembabitan khusus oleh Ahli Bijak Pandai(Akademik) apatah lagi soal yg membabitkan Asal usul  kita (Momogun Rungus) yg tidak mempunyai buku catatan terdahulu yg  boleh kita jadikan rujukan, kita cuma mengharapkan cerita2 lisan turun temurun yg  didapati  belbagi versi mengikut tempat dan si Pencerita.kalau ada penulisan pun setelah di Abad 20, Oleh itu ianya begitu mencabar  keupayaan berfikir dalam,Menerima dan mantafsir  makna Te

AKI SINDADAL DAN AKI LANDAU

Imej
YAKI SINDADAL OM YAKI  LANDAU ------''--------"--------"--------"---------"-------------- Rungus poka ponurat ong diano.. Varo Insan Tadau i  Aki Sindadal dino minirimpanau ka om nokorikot sid iso binatang/kampung. Yalo Aki Sindadal dino ka tu ki Ansamung, na bana ko ogumu tulun kotutun, sosongo torikot kanga obuli boroson do kotutun dialo.iti norikot dilo binatang/kampung dinoka humongkob no ka i  tongolun tu aso nokosodia tongo kana. I hiza kodori ong varo korikot tombuvoi  ino binatang/kampung dino mi irung makan makin po ong i  Aki Sindadal diti tu obuli boroson do pinoko pemimpin/vozoon do rungus . pomoros no i  Tulun Kampung dino ka.. ade.. itima nokorikot ko siti diti oi.. aso ma nongokosodia diti do to kana.. na Ambato nopo di Aki Sindadal ka.. aso ponguro beno sakali, ong varo po Tuvo di kou na tahakai oku ka di Sindadal. Om tahakai noka dioti i  Aki sindadal dino dot Tuvo.. na Tapas tapasono di Sindadal ino ka.. om mad kelo mangampalang do sada

ASAL USUL KG RAMPAI DAN PEKAN SIKUATI.

Imej
Mungkin Ramai yg tidak tahu kg Rampai pada zaman dahulu terletak Disebalik cerita Pekan Sikuati.Pekan ini sebenarnya adalah satu kawasan penempatan Awal Momogun Rungus Nuluw.mengikut cerita legenda Kawasan sikuati ini pada zaman dahulu mempunyai beberpa Rumah Panjang dan salah satu rumah panjang tersebut, Vozoon atau ketuanya bernama Aki Boloti yang telah tenggelam di telan bumi (Nolununsut), bukan itu saja malah ada dua lagi Rumah Panjang di kawasan ini yang tenggalam ditelan bumi,semua tapak rumah panjang ini boleh dilihat kerana kawasan itu telah menjadi batu yang panjang seperti rumah panjang dan tempat ini adalah tempat yang masih keras, seringkali ada kedengaran bunyi miagung (gong) serta tawa dan tangisan kanak-kanak diwaktu malam.Aki Saragon,Aki Ampil dan Aki Rigonggoi adalah beberapa nama moyang Rungus yang pernah menduduki kawasan ini.Kawasan kelinik kesihatan pekan sikuati sebenarnya adalah tanah perkuburan Moyang Rungus selain itu juga Aki Ampil pahlawan Rungus yang t