KAIN TENUNAN MOMOGUN RUNGUS

KAIN TENUNAN TRADISINOL
KAUM MOMOGUN RUNGUS (INAVOL)
***************************************
Saya baru belajar.. Kalau salah tolong perbetulkan... 

Kain Tenunan Kaum Rungus (INAVOL) , merupakan kain Tenunan Tradisinol  yang telah wujud sejak dahulu kala, walaupun  tidak dapat di pastikan dengan tepat pada abad keberapa ia bermula, namun dari cerita tradisi lisan pernah disebut pada awal penghijrahan Aki Runsud dan Aki Longguvai dari Nunuk Ragang, Baju Lelaki (BA'DU) yang ditenun ini dijadikan sebagai tanda, Baju Badu Ini telah dikoyak menjadi dua cebisan,satu untuk Aki Runsud dan Satu Lagi untuk Aki Longguvai supaya, bila mereka  bertemu kembali Baju Badu ini perlu Dicantumkan semula bagi membuktikan mereka berdua adalah adik beradik Kandung, selain itu juga dalam Tradisi Lisan, Aki Kurudong, Penanaman Kapas, iaitu OMBILAHUNG, begitu banyak sekali di sekeliling Rumah Panjang Mereka, Ombilahung merupakan Jenis tumbuhan Kapas (GISSYPIUM) yang sering digunakan dalam pembuatan benang, maka tradisi lisan membuktikan kewujudan menenun Kain oleh Kaum Rungus telah berlaku sejak dahulu lagi. Di masa dahulu juga, mengikut Tradisi lisan,Pekerjaan Menenun Kain ini dilakukan oleh Golongan Wanita Yang Mahir dalam Seni Corak atau Motif  Kaum Rungus, Bobolizan dan juga Wanita yang digelar "KIGOOS" bermaksud mempunyai kerajinan dan Kesungguhan dalam Melakukan Pekerjaan ini.

Hasil Tenunan Kaum Rungus adalah seperti, Baju Lelaki (BA'DU), Baju Perempuan (BANAT NGOLITAN ) dan Kain (TAPI NGOLITAN) ini dibuat dengan menggunakan benang buatan sendiri yang mana ketika itu menggunakan dua jenis Tumbuhan Kapas yang dipanggil dalam bahasa Rungus iaitu OMBILAHUNG dan GAPAS, Proses ini bermula dangan mengutip kapas dan mengasingkan  biji kapas, proses ini dipanggil MOMUBBUL, barulah kapas itu dibuat benang dengan menggunakan peralatan Tradisinl (ARUG ARUG, TINGKARAN).  Proses membuat benag dari kapas ini dipanggil MONINGKOL. Selasai membuat benang,Proses Mewarna benang diteruskan menggunakan daun.kulit atau buah tumbuhan. Bagi Kaum rungus dahulu, tiga jenis tumbuhan yang sering digunakan untuk mewarna benang iaitu, tumbuhan TONGONG bagi warna MERAH ,KOLUMIT warna KUNING dan Tumbuhan TAHUM untuk warna  HITAM . Proses ini dipanggil dalam bahasa rungus MONGOVOTIK.

Setelah benang yang diwarnakan telah kering barulah proses Menenun akan dijalankan. Proses ini, menggunakan beberapa peralatan  yang dibuat  dari bambu dan kayu yang dipanggil BABAAL . Benang-benang itu tadi, disusun pada babaal, proses ini dipanggil MANAVIT. Selepas Manavit, (bercorak atau tidak) barulah proses menenun dilakukan. Senarai Peralatan (BABAAL) seperti dibawah. Proses menenun Baju Lelaki,Baju Wanita dan Kain menggunakan NAMA Peralatan yang sama tetapi Saiznya berbeza. 
1. LAPAZON
2. PONORO (2)
3. TOTOK  (3)
4. LIVUON
5. VIVITON (3)
6. ANSAD 
7. ANSAD DO SURIP (2)
8. SIKUVON
9. TUKOD SONGKOL
10. ATIP
11. ABIT
12. GORIT Vulu Vutun (digunakan semasa membuat Baju Lelaki dan Perempuan )

Tenunan  Kain (TAPI Ngolitan) pula terdapat enam jenis iaitu:
1. TINONGKUPAN
2. KINORIKI
3. RINUGADING
4. INUVA KAZU
5. INARAVAS
6. PINODTUNG

Tenunan kaum rungus mempunyai lebih dari dua puluh (20) REKA CORAK TRADISINOL dan MOTIF atau dipanggil SURIP dalam bahasa Rungus.CORAK TRADISI ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi manakala MOTIF ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan, Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik seperti dibawah ini:
1. INUGARANG. 
2. BINONGKOK. 
3. KINOLIBAMBANG. 
4. INIKAGANG.
5. INUNDU - UNDU.
6. ININGULUN. 
7. BENURUSI. 
8. Dan Lain lain.

Tenunan kaum Rungus, mempunyai Reka Corak Tradiainol utama, yang ditenun pada KAIN TINONGKUPAN dan BAJU LELAKI (BADU),ia menggunakan Reka corak Tradisi Utama Kaum Rungus yang dipanggil TININGKOLOB, Motif nya Agak menonjol dan bersaiz Besar (lihat gambar). Mengikut adat Tradisi Kaum Rungus, BAJU LELAKI dan Kain TINONGKUPAN hanya boleh dipakai semasa KERAIAN, seperti Magahau, Mamapak,Ontong Totuo atau dipakai bermaksud Bertujuan.

Nilai Tenunan Kaum Rungus terletak pada benang Asli buatan sendiri, Reka corak Tradisi dan Motif Tersendiri , masa yang diambail bagi menyiapkan Satu hasil Tenunan juga, bergantung pada  Reka corak dan Motif itu sendiri. Pada masa dahulu, untuk menyiapkan satu Kain Tenun akan mengambil masa yang agak lama, bergantung pada SI Pembuat(PENENUN) , sebab itu ciri-ciri orang yang layak di Panggil MANGAVOL (PENENUN KAIN)  ialah KIGOOS. (RAJIN & TEKUN) 


ADAT BUDAYA DAN TRADISI LISAN MOMOGUN. Adiw Tamar. WITH  Halnei Masidal .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

ASAL USUL KG RAMPAI DAN PEKAN SIKUATI.

ASAL USUL ORANG MOMOGUN RUNGUS MENURUT LISAN