ASAL USUL ORANG MOMOGUN RUNGUS MENURUT LISAN

ASAL USUL ORANG MOMOGUN  RUNGUS
MENURUT LISAN
<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

Mencari asal usul sesuatu kejadian bukanlah mudah jika tidak mempunyai sumber rujukan berupa peniggalan atau catatan dari zaman itu. Bagitulah halnya dengan mencari Asal Usul Momogun Rungus, ianya memerlukan penyelidikan dan pencarian yang perlu diperluaskan dari pelbagai sumber yg berkaitan dengan Bangsa Momogun Rungus dan mungkin Titik Nokhtanya juga tidak akan ditemui sekiranya tidak ada pembabitan khusus oleh Ahli Bijak Pandai(Akademik) apatah lagi soal yg membabitkan Asal usul  kita (Momogun Rungus) yg tidak mempunyai buku catatan terdahulu yg  boleh kita jadikan rujukan, kita cuma mengharapkan cerita2 lisan turun temurun yg  didapati  belbagi versi mengikut tempat dan si Pencerita.kalau ada penulisan pun setelah di Abad 20, Oleh itu ianya begitu mencabar  keupayaan berfikir dalam,Menerima dan mantafsir  makna Tersurat dan tersirat,kerana dalam penyelidikan cerita lisan atau tradisi lisan tidak ditemui kebenaran yg mutlak melainkan kebenaran persepsi masyarakat pada Zaman itu, oleh itu kita perlu menilai setiap versi cerita yg ditinggalkan kepada kita untuk dinilai ketulinannya.

Versi cerita yg selalu kita dengar tentang Asal usul Momogun Rungus sudah pastinya versi  Aki Runsud  yg menetap di Satu kawasan yg di panggil Nunuk Ragang bersama sama adik beradiknya (7 beradik versi Dusun)  mengembara untuk mencari lokasi Tanah yg subur untuk dijadikan ladang dan penempatan.  mereka telah mengembara mengikut haluan masing2 dan Aki Runsud  telah sampai di Marudu serta membuka penempatan baru kemudian Aki Longguvai menyusul Namun tersesat jalan kerana penanda simpang jalan telah dialihkan oleh orang lain. selain itu versi Aki Longguvai juga ada dalam cerita Momogun tetapi tidak berapa pepular atau kurang mendapat tempat dihati pengemar sejarah Momogun, Dalam versi Aki Longguvai,Beliau  telah sampai dahulu di utara iaitu di kawasan Tombuluran yg ketika itu belum mempunyai nama.Aki Longguvai ini diceritakan mempunyai Seekor Buaya yg Besar bernama Tombuluran. Setelah Tombuluran kembali dari bertarung dengan 7 ekor buaya di 7 sungai diBorneo, Tombularan(Buaya)ini dikatakan tenat dan mati di Tepi sungai,pada masa yang sama Aki Longguvai juga telah meninggal Dunia.sebagai memperingati Aki Longguvai dan Si Tomburulan(Buaya)penduduk disitu telah mengambil Nama Tomburulan sebgai Nama Sungai dan Kampung tersebut sehingga hari ini. (Catatan Pertugis1521. Tabalulan = Tomburulan orang disitu ketika itu dipanggil Orang Idaan)

Bagitu juga kisahnya Dalam versi,  Aki Pandangan dan Majabow.Gunung kinabalu ketika itu belum wujud, Gunung kinabalu mengikut cerita dalam versi ini adalah Tunggul kayu. Tunggul pokok kayu yg diberi nama KOLIZAN. Kolizan ini juga disebut sebagai Pokok Kehidupan . Ketika itu telah berlaku perebutan antara Momogun dgn Orang Korumbotatoi.orang korumbototi ini mahukan pokok kolizan dan menebangnya,orang Momogun ketika itu cuba menghalang kerana mereka juga mahukan pokok kolizan itu. Disebabkan orang korumbototi lebih dahulu menebang. Pokok Kolizan itu,kelihatan akan tumbang ke kawasan Korumbototi. Melihat keadaan itu,  Aki Pandangan cuba mencapai beberapa dahan dan menarik Pokok kolizan itu supaya tumbang kekawasan Momogun,namun sudah terlambat. Hanya ada beberapa dahan saja yg mamasuki kawasan Momogun. Tunggul  Kolizan itu, beberapa tahun kemudian telah menjadi  Gunung Kinabalu. Kehidupan Bangsa Momogun ketika itu talah mula berkembang dan bertambah ramai dan Aki Pandangan telah diangkat sebagi ketua dan begitu dihormati. Keharmonian masyarakat Momogun  ketika itu tidak berpanjangan setalah,Ayah Aki Pandangan telah berkhawin dgn wanita lain (janda) setelah kematian isterinya. Isteri kedua Ayah Aki Pandangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Majabow. Majabow irihati dgan abang angkatnya  (Aki pandangan) kerana Aki pandangan begitu dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat Momogun disitu ketika itu. Kerana sifat Dengki dan Tamak kan kuasa yg ada dalam diri Majabow, telah membawa kepada pertarungan Nyawa antara mereka untuk membuktikan siapa yg lebih gagah dan layak menjadi ketua. Pertarungan ini sebaliknya telah membawa perpecahan kaum Momogun, ada yg menjadi penyokong Aki Pandangan dan ada yg menyokong Majabow. Selepas pertarungan itu juga,Pengikut Aki Pandangan telah mengembara meninggalkan kawasan Gunung kinabalu dan mengembara ke bahagian utara sabah iaitu marudu,pitas dan kudat . Manakala pengikut Majabow telah mengembara ke bahagian selatan di bahagian  kelimantan. Momogun dibahagian Utara Borneo manakala Dayak disebelah Selatan Borneo.

Walupun Versi cerita ini mempunyai perbezaan namun Asal Usulnya bermula pada satu tempat iaitu dari kawasan Gunung kinabalu, Tapi adakah kita pernah terfikir darimana pula Asal mereka. Sebelum mereka menetap di Kawasan ini. Dalam versi Momogun begitu juga Dalam versi Dusun (beza sedikit) , mereka ini dikatakan telah meninggalkan penempetan asal mereka kerana didatangi musibah(Penyakit),mereka telah mengembara sehinggalah mereka sampai di kawsan sungai yg mempunyai pokok Ara (nunuk ragang) yg mempunyai Daun dan getah yg merah dan ketika itu juga pokok nunuk ragang itu dihinggapi oleh burung Helang(Koniw) dan burung Raja udang (mangkahak). Setelah mereka melihat pokok Ara(Nunuk ragang)dan dua jenis burung ini, mereka berpandangan dan yakin itu menandakan kawasan di situ baik untuk dijadikan penempatan.mereka pun telah membena satu rumah panjang disitu yg berjumlah 10 pintu atau 10 keluarga.

Selain dari versi  cerita di atas,  kita juga boleh alihkan pencarian pada satu susurgalur keluarga  momogun yg terdahulu untuk kita mengupas kebenaran sabahagian Asalusul kita.Saya berminat Merungakai Salasila Aki Galampas, kerana telah menyebut Aki Runsud dan Aki Longguvai,cerita ini juga disampaikan dalam Dua versi.Dalam versi lisan pertama. Aki Galampas berasal dari Taiwan dan ada juga yg menceritakan Dari China.seorang ahli pelayaran juga pedagang, telah belayar ke Sandakan. Semasa pelayarannya,Aki Galampas begitu teruja apabila melihat keindahan Gunung Kinabalu dan telah mengambil keputusan untuk mendakinya.setelah sampai ke puncak.  Aki Galampas telah menemui orang Momogun yg bernama Aki Ludau dgn pasangannya yg bernama Odu Limuhau. Mereka ini dikatakan saki baki Momogun yg terselamat dari bencana Banjir besar (Linusuvon) pasangan ini mempunyai tiga orang anak, salah seorang anak mereka yg disebut dalam versi cerita ini ialah, Odu Pugas,yg telah dikhawini oleh Aki Galampas,Aki Galampas dan Odu Pugas dikatakan mempunyai dua orang Anak. Kita lihat gambarjah salasilah dibawah:

           Aki Galampas + Odu Pugas
                                  |
       1. Aki Matanggal.   2.Aki Kunditing
                 |
         Aki Loguan
                 |
1.Runsud.  2.Tomui. 3.Rungus. 4.Longguvai
        |                                                  |
  Aki Lampau.                         Aki Dumarun
        |                                                 |
 Aki Mogiang.              1.Aki Samod.  2. Aki Gol
        |
     Bakid
        |
  Sokundow
        |
    Bagu

Aki supit yg telah bertarung melawan Puluhan pahlawan Bakak di Bavanggazo dan sanggup melanggar Arahan Ansamungnya(gimbaran) untuk mati bersama-sama dengan isteri Tersayang,  yg telah dibunuh oleh Bakaka juga mempunyai kaitan dengan keturunan Aki Galampas, begitu juga Aki Longguvai, apa yg lebih menarik minat saya, sebelum ini saya pernah dengar cerita,mengatakan Asal usul nama Rungus itu di ambil dari Nama seorang lelaki yg bernama Rungus, disini telah terjawab bahawa Moyang kita ada yg Bernama Aki Rungus iaitu Adik beradik Aki Runsud, Aki Longguvai dan Aki Tomui. Cucu cicit  Aki Galampas ini kalau diceritakan terlalu ramai tetapi tidak dapat saya sebutkan. keturunan Aki Longguvai dan keturunan Aki Kunditing ini sedang giat mencari waris-warisnya ketika ini.

Versi kedua mengenai Aki Galampas pula menceritakan beliau yg berasal dari tanah besar china dan merupakan seorang pedagang china telah belayar ke sandakan untuk berdagang dan sebelum kembali ke tanah besar China,kapal beliau telah singgah di Koniung utuk berdagang. Koniung pada masa itu merupakan salah satu pertemuan pedagang(Tuhunon/Tunan) Berunai.China.Momogun dan juga Bajau.Setelah beberapa hari berada di situ, Aki Galampas telah jatuh hati dengan gadis Momogun yg tinggal di kawasan sekitar Koniung dan beliau telah berkhawin dengan gadis tersebut serta mengambil keputusan untuk tinggal di Koniung.

Saya sekadar ingin berkongsi.. Terpulang kepada individu untuk menilainya dan berharap ada yg sudi menambah baik.
Kounsapatan....  Tq...  Terima kasih..

Sumber Dari:
Mendiang Aki Raban (1918-2005)
Minongusang Do Rungus(Aki Majaman)
Moss Otto. Helmon Masil
Legenda Nunuk Ragang,
Syair Awang Samun.
Cerita Lisan Orang Berunai Di Kudat.
Sejarah Pengasasan Dan Asal Usul kerajaan Berunai Berdasarkan Sumber Lisan. UM

HAK MILIK MOMOGUN RUNGUS.

Adiw 9/18.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

ASAL USUL KG RAMPAI DAN PEKAN SIKUATI.