KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

Apabila kita bercerita tentang Pagan,sesetengah masyarakat akan berfikir Pagan ataupun Pagansim adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok atau menyembah berbagai tuhan dan ini akan menimbulkan ketidak selesaan kepada mereka yang masih manganutinya dan untuk tidak menimbulkan perkara itu, lebih elok jika golongan ini dipanggil, Pengamal Agama Purba/Asal.

Didalam pengertian sebenar, Paganisme merujuk kepada amalan kerohanian di Eropah sebelum kedatangan kristian(Yunani,Rom dll), Istilah pagan, berasal dari perkataan Latin, Paganus, yang bermaksud Penghuni sesuatu tempat atau penduduk dalam satu-satu kawasan kampung atau Daerah. Mereka percaya pada kuasa pencipta yang satu dan percaya ada kuasa-kuasa baik dan jahat

Di utara Borneo atau dikenali dengan Kudat, Marudu dan Pitas adalah satu petempatan utama bagi kaum yang di Panggil Momogun Rungus. Suatu ketika dahulu kaum Rungus begitu kuat pegangannya dalam kepercayaan Purba sehingga kepercayaan ini telah membentuk kaum itu sebagai satu masyarakat yang bertamadun tinggi. Kepercayaan puraba Rungus ini telah menyusun hierarki masyarakat iaitu dari orang biasa hinggalah ke ketuanya yang dipanggil 'Vozoon' yang boleh dikelaskan sebagai Raja kerana Vozoon ini mempunyai kuasa mutlak dibantu oleh Orang Beradat serta, Ketua Agama yang dipanggil 'Bobolizan' dan jika di lihat makna pengertian Paganus dalam bahasa Latin dan Perkataan Momogun ianya mempunyai pengertian yang sama iaitu merujuk kepada satu kelompok masyarakat.. Dari segi Bahasa istilah Momogun berasal dari kata dasar Pogun iaitu merujuk kepada Rumah atau penempatan awal yg telah ditinggalkan dan apabila di tambah imbuhan MO manjadi MOMOGUN ianya merujuk kepada satu kumpulan/Kelompok manusia/Orang.

Dalam kepercayaan purba Momogun Rungus,terdapat lebih dari 20 Ritual yang perlu dilaksanakn mengikut tujuannya. Di bawah ini saya sertakan senarai Ritual2 Momogun Rungus.

1. RITUAL MOGINUM
 (Penyembuhan. penyakit & memohon kesejahteraan/perlindungan  dan rezeki keluarga). Dalam ritual ini
    terdapat beberapa bahagian ritual kecil  
    seperti Sumozod, Dumamai, Mangatod,
    Rumuhak, Suminggol dan banyak lagi.

2. Mamapak/Mangaraha Palad  Memohon  
    Kesejahteraan dan rezeki keluarga-
    selalunya ada pada masa Lumuvas,
    Perkahwinan, Mamapak Tomod dan
    Magahau

3. Lumuvas  Ritual Penghormatan si mati
    (Ritual Papak Taraat dan Papak Tavasi
    akan di lakukan).

4. Mangatod -  Ritual penyembuhan yang di
    lakukan di tempat2 yang dikenal
    pasti oleh Bobolizan sebagai punca
    penyakit.
 
5. Mangambil – mamasi pomogunan, ritual
    penyingkiran kepanasan yg
    mengakibatkan kemusnahan tanaman
    dan wabak penyakit (melibatkan 1 atau
    beberapa buah kampung sahaja).

6. Manalab - Ritual yg dilakukan untuk
    menjaga perempuan yang sedang
    mengandung supaya kandungan selamat
    di lahirkan.

7. Moninut sidut  - Ritual sambutan bayi.

8. Monginsamung/Manambai -  Ritual
    untuk pengenalan bayi yang baru lahir
    kepada penjaga alam (Rusod)

9. Monginggivit -  Ritual Padi          
                                                               
10. Monogit - Ritual penyingkiran
     kepanasan disebabkan oleh perkara
     sumbang

11. Mangaraha-Ritual penyingkiran kepanasan/
       berbaik baik/memohon
       kebenaran/restu dengan Rompuvan
      (semangat )

12. Mangarantas - Menghilangkan penyakit
       padi

13. Mamahagi do sarow - Menghalang
       gangguan semangat jahat kepada padi
       yang hendak dituai

14. Mangalapik  Mongirik Todu Odu -  Ritual
       untuk memohon supaya tuaian padi
       menjadi banyak masa proses Mongulok
       (proses pemisahan padi dengan
       jerami dengan menginjak injak padi).

15. Monuhut Todu odu - Ritual Padi memberi  
       hidangan kepada Todu Odu

16. Mongingkogos - Ritual Pengahiran
       penuaian padi d ladang.

17. Momugas -  Ritual pembersihan diri bagi
      seseorang Bobolizan yang telah
      melanggar pantang seperti melalui bawah
      rumah, datang ke tempat org mati
      atau sebarang tempat2 kotor yg dilaluinya.

18. Monimbul -  Ritual Penyambungan
       kehidupan/memanjangkan umur, dilakkan
       sebelum ritual Monimbang.

19. Sumamung do kopizo - Memohon restu/
       bantuan/perlindungan

20. Sumondiw/sumombol -ritual sebelum perang

21. Monimbang - Menyambung kehidupan
       seseorang jika mendapat alamat atau
       mimpi tentang nyawa seseorang.

22. Manavaru - Merasmikan rumah atau
       bangunan baru.

23. Mangagama Kinogomon do Valai -
       Memohon kesejahteraan kawasan.    
       tapak.rumah

24. Mongombolog - Memohon kesembuhan
       penyakit/rezeki/kesjahteraan.

25. Momuntun  - Ritual bagi menghalang
      dari sebarang gangguan Namatai (roh2
       jahat)

26. MANAGAS - Dalam Ritual ini la Upacara
       korban manusia akan dilakukan,
       salain managas ritual ini juga dipanggil  
       MOMIGIS SADA TAGAZO. Nyawa
       manusia yang dikorbankan mestilah
       seorang perawan dan selalunya adalah
       budak kecil berumur lingkungan 15
       tahun  yang dijumpai semasa    
       pelayaran.     atau dibeli dari penjual.
       hamba. Terdapat dua kawasan
       kampung yang terakhir mengamalkan
       ritual ini sekitar   1900-1945 iaitu
       kampung Guamon dan Kg Mompilis di
       bahagian Matunggung.

27. Momodsu  kesembuhan penyakit

28. Moguru  memohon kekuatan/kekebalan.
       Semua Ritual ini mampunyai tujuan
        yang sama iaitu Memohon kabaikan
       pada pencipta Alam Melalui seorang
       Pengamal agama Purba yang mahir
       dalam Mentera yang digunakan oleh  
       Pencipta/Tuhan/khinoringan atau
       Osundu mereka. Ini di panggil RINAIT”.

Contoh Rinait;

MOZO POMPOD DI BARAT.
MOMOZO DI GONITON.
MOMULOD DI PODOHON.
MONORUMBALI YADAU.
MONGO RIVOLOD RUNAT.

Ritual ini juga dilakukan dengan berpakain lengkap pakaian tradisi Rungus oleh seorang yang dipanggil Rinovusan@ Bobolizan lelaki atau perempuan,

Dalam beberapa Ritual Mamapak kita juga akan melihat satu Bendera yg begitu megah berkibar,dalam bahasa Rungus  dipanggil Tunggul. Tunggul ini dibuat daripada bahan khas yg mempunyai nilai kesucian dan kekuasaan .Dalam Tunggul ini sendiri tertanam satu 'Semangat'. Semangat atau kuasa Tunggul inilah yang  membawa kehidupan manusia ke kehidupan yang sempurna. Tunggul juga adalah Panji-Panji masyarakat Momogun Rungus.

Bukan sahaja Momogun Rungus malah Semua Penduduk Asal Tanah Borneo mempunyai kepercayaan purba yang mempunyai persamaan dan hanya mungkin, mempunyai perbezaan dari segi cara melaksanakan  Ritual2nya.

________________________________________

Rujukan, crdt to Razif Ajip. (Pengerusi Sukod Vagu Persatuan Kebudayaan & Warisan Rungus Sabah),  Odu Monobidong (Bobolizan Rampahan) & Aki Sovoli Mabok kg Inukiran Laura Appell.A rungus At Heart- The furebird Foundation for Anthropological Research.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASAL USUL KG RAMPAI DAN PEKAN SIKUATI.

ASAL USUL ORANG MOMOGUN RUNGUS MENURUT LISAN