Aliran Kepercayaan Purba Momogun Rungus
SISTEM ALIRAN KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN.
*****************************************
SEKADAR PENGETAHUAN.
Gambarajah dibawah ini merupakan lakaran atau urutan kepercayaan mereka tentang Pencipta. Iaitu 7 dilangit dan 7 dibumi dan percaya pada satu Pecipta (Minamangun).
Selain percaya pada Pencipta, mereka juga percaya di bumi ini terdapat banyak makhluk jahat yg sentiasa menimbulkan keburukan dan kejahatan, Makhluk Jahat seperti LILIUKON, PANGKOT dan Lain2. Nama seperti, MONONDI, YOMBUHUL dan YIZANGIRING pula adalah Nama, makhluk halus Lain dibumi yg menjadi sembahan mereka dari kumpulan Jahat, tetapi menjadi pengantara Manusia dan Makhluk jahat. Bobolizan adalah manusia yang telah mahir dalam sagala Ritual keagamaan dan juga memahami bahasa bahasa pengantara Pencipta dengan Manusia, disebut "Rinait", makhluk pengantara ini wujud dalam segala rupa bentuk, jika Pengantara ini wujud sebgai ikan, maka bahasa yg dituturkan adalah bahasa Ikan (contoh), Maka Bobolizan yang "Utama" adalah yg mahir segala jenis bahasa pengantara,maka itu, Bobolizan mempunyai keistemawaan khas, dalam memohon/Meminta agar mereka disembuhkan atau dijauhkan dari segala Musibah melalui Ritual korban kepada Makhluk halus Jahat yg menjadi pengantara dan juga kepada Minamangun.
Kematian adalah penghujung pada benda yang hidup , dan dalam kepercayaan momogun, setelah Manusia mati, Roh (Hatod) akan Pulang ke Gunung kinabalu. (Nabalu). Saya masih ingin merungkai lebih lanjut tentang kepercayaan Momogun, terutama kehidupan setelah mati (Roh) . Tapi terlalu sukar mencari mereka yg lebih memahami kepercayaan purba dan suda Ramai yang meninggalkan kepercayaan ini.
Dalam berpandukan Lisan dari Nuluw, Rungus dan Gonsomon, sedikit perbezaan pada nama dan kuasa pada Aliran kepercayaan ini, gambarajah ini adalah berdasarkan dari lisan Nuluw, dari Aki Kinambo yg membantu Tumanggung Kurantud dalam pesta Magahau di kimihang, dan juga dihafal oleh Odu Yunsirak turun ke Aki Jimah dan ditulis oleh mantan OKK jamalun.
Hak milik : Adiw Tamar.
ADAT BUDAYA DAN TRADISI LISAN MOMOGUN. *Lisan Nuluw* (14/6/2021)
Ulasan
Catat Ulasan