KISAH KEHIDUPAN AKI AMPIL( Pahlawan Momogun Rungus)



Kelahiran Aki Ampil tidak diketahui dengan tepat dimanakah kampung dan tahun kelahirannya, ada cerita yg Aki Ampil ini tinggal dirumah panjang yg dibena dikawasan yg di panggil LAMBAH pada ketika itu dan kini, kawasan tersebut adalah kawasan antara smk sikuati 2 dan kawasan kg Tinutudan kemudian Mereka telah berpindah ke kawasan yg dipanggil KONGGIHAN @ BUNDU, kini kawasan itu adalah kawasan pusat latihan Dakwah Sikuati
Mengikut perkiraan saya melalui cerita Nenek Moyang, Aki Ampil ini hidup diantara 1799 sehingga 1890. Diantara Aki Ampil dan Aki saragon, Aki Saragon lebih Tua, perbezaan umur antara mereka 9 ke 10 tahun,diantara Tumanggung Kurantud pula.Aki Ampil lebih Tua dan jarak antara mereka lebih kurang 5 ke 9 tahun . AKI AMPIL adalah menantu Aki Saragon. Dia telah berkahwin dgn Odu Sirarau Guntial Aki Saragon.Pada zaman pemerintahan British.. 1881 sehingga 1942. British telah mengeluarkan Arahan.adalah menjadi satu kesalahan sekiranya melakukan pembunuhan ketika itu dan akan didenda atau dihukum sekiranya tertangkap dan didapati bersalah. Zaman pengusan Aki Ampil ini dikatakan sebelum tahun 1881,beliau melakukan pembunuhan Samang vag/mizon vaig/orang luar yg menceroboh kawasan dan mengancam keselamatan masyarakat Momogun Rungus yg mendiami kawasan persisir pantai ketika itu.
Hidup Aki Ampil banyak dipengaruhi oleh Aki Saragon yg mempunyai Ansamung. Aki Ampil mungkin mempelajari Ilmu batin yg dimilikinya atas Tunjuk ajar Aki saragon. Aki ampil dikatakan selalu Bertapa/Berguru di satu tempat yg dipanggil Batu Mandi iaitu dikawasan persisir pantai Torongkongan.jarak pantai dan Batu mandi ini (pulau Batu kecil) lebih kurang lebih kurang 500 M ke 1 km tapi tidk pasti berapa yg tepat. mengikut cerita. Aki Ampil hanya Melompat untuk sampai kesana.ada juga yg menceritakan Dia berjalan atas Air dan ada juga yg menceritakan Dia berjalan tetapi paras Air laut hanya di pinggang sahaja, diceritakan tubuh badan Aki Ampil berubah menjadi tinggi dan Besar, itu cerita yg saya dengar dari orang yg berlainan tapi yg pastinya Aki Ampil adalah orang yg paling Agerisf dan sentisa Mamburu dan Membunuh samang vaig/ bolongingi/lanun yg menceroboh kawasannya bersama Ansamung yg dimilikinya iaitu Ansamung Rahat/laut. Salain Batu Mandi Aki Ampil Juga dikatakan mempunyai pertapaan di kawasan Tungkag Badarag. Kawasan yg selalu dikunjungi oleh Aki Ampil untuk membunuh penceroboh iaitu pantai Torongkongan.Badarag.Kimihang dan Sabpang Mangazou.Ansamung Aki Ampil ini dikatakan akan memanggil Aki Ampil sekiranya ada penceroboh yg mendarat di kawasan jagaannya. Ada satu ketika ketika Aki Ampil sedang berbual2 dgn rakan2nya. Ansamungnya telah memanggilny. Setelah meminta kebenaran dengan rakan2 untuk beredar. Dua ke Tiga saat Aki Ampil hilang dari pandangan mereka..
Aki Ampil adalah pahlawan Momogun Rungus yg mengawal Kawasan Penempatan di persisir panti bersama beberapa orang lagi yg hidup sezaman dengannya ketika itu mungkin Aki Kolobon atau Aki Bagu iaitu sebelum sabah diperintah oleh penjajah dan sebulum ada undang2 larangan membunuh yg dikuatkuasakan dalam pentadbiran British.Orang2 yg ada Ansamung ini dikatakan membunuh penceroboh dengan hanya menggunakan tangannya dengan memutuskan kepalanya dan meminum darah orang yg dibunuhnya. Selepas habis membunuh musuhnya mereka ini akan menyorok lari kedalam hutan untuk memulihkan tubuhnya ke fizikal Asal, demikian juga Ceritanya Aki Ampil ini.
Perkahwinan Aki Ampil dgn Odu Sirarau dikurnikan 4 orang anak iaitu 1.Ombirul 2.Oginggid 3.Onjidan 4.Insiyam.Keturunan Aki Ampil ini Ramai yg Menetap di kg Rampai,kg popot,kg Lajung dan dibeberapa buah kg lagi disekitar daerah Kudat.
Mengikut cerita Moyang,Nama Ayah Aki Ampil ialah Aki Rigonggoi dan Aki Ampil juga mempunyai dua lagi saudara kandung iaiatu Aki Talazan dengan Aki Andala namun ia masih ada percanggahan, ketepatannya belum dapat di pastikan lagi.Setelah Aki Ampil Maninggal. Jasad beliau telah dikebumikan di kawasn Sikuati tidak jauh dari klinik kesihatan.
Dengan pendedehan kisah Aki Ampil ini diharap ada pembaca dan penggemar sejarah Rungus yg dapat menambah Baik cerita ini dan kepada waris keluarga Aki Ampil saya memohon Maaf sekiranya cerita ini ada yg tidak tepat..
Gambar* senjata (Rapo) peninggalan Aki Ampil dalam simpanan cucu cicitnya.
Adiw 2016

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEPERCAYAAN PURBA MOMOGUN RUNGUS

ASAL USUL KG RAMPAI DAN PEKAN SIKUATI.

ASAL USUL ORANG MOMOGUN RUNGUS MENURUT LISAN